Problem

Assalammualaikum. Sihat tak? Saya amat sihat harini, alhamdulillah. Terlebih saya selaku pemegang blog ni nak mengucapkan Salam AidilAdha buat semua. Sebelum sembelih jangan lupa baca doa tau. Hmm, dah berapa hari dah tak pergi sekolah (baru 3 hari) Rasa macam rindu pula dekat convent. Actually bukan rindu apa sangat pun, rindu nak menyembang/bergosip dengan kawan.



Pernah tak rasa diri selalu je buat salah? Pernah tak rasa diri kita ni je yang selalu betul? Pernah rasa tak kita ni terlalu ego terhadap orang lain? Siapa yg tk pernah rasa begini baik awak tekan butang pangkah dekat atas tu. Hahaha ceh okay saya melawak je lah. Okay, dan kenapa saya harini ber-saya ber-awak pula dah ni? Urm, nebermind... Kadang-kadang waktu malam sebelum saya tidur, saya selalu ingat balik apa yang saya dah buat harini. Ada tak menyakitkan hati kawan. Selalu sangat buat macam tu. Pahtu bila dah bermuhasabah diri, tetiba saya rasa macam serba salah sebab buat orang ni macam tu lah, orang tu macam nilah. Tapi nak buat cemane mungkin saya ni selalu menyakitkan hati orang lain tanpa disedari.



Abah selalu pesan dekat anak-anak dia yang kiut lagi comel ni dia cakap 'biar orang buat kita, jangan kita buat orang'. Bila kita rasa diri kita ni je yang selalu betul mesti lama-kelamaan orang naik menyampah dengan kita. Serius. Yelah, kalau dalam apa-apa hal mesti kita nak diri kita je yang selalu betul. Dan waktu itu, sedarilah bahawasanya diri anda telah dikuasai oleh sifat ego (wah gitu) Maksud saya yang sebenarnya, kadang-kadang memanglah kita rasa diri kita je yang betul, lepastu anggap orang lain je yang salah. Lepastu kadang-kadang benda yang salah pun kita anggap betul. Salah lah cara macamtu. Cuba awak fikirkan suatu hari nanti kalau orang buat balik dekat awak macam tu apa yang awak rasa. Marah? Semestinya. Sakit hati? Haruslah. 




Saya mengaku, diri saya pun tak sempurna seadanya. Semorang tak sempurna okay. Tapi saya bersyukur dengan apa yang Allah dah tetapkan untuk saya. Memang menipulah kan bila saya cakap saya tak pernah kutuk orang. Tapi manusia sentiasa buat salah kan? Walaupun kita rasa diri kita ni dah cukup sempurna, ingatlah, tiada yang sempurna melainkan Allah. Tak mustahil kalau Dia nak tarik balik apa yang Dia dah bagi dekat kita. Urm, mungkin saya tak berapa pandai bijak cerdik sangat macam awak tapi cuba awak fikir balik, kalau awak rasa diri awak tu lagi bijak pandai cerdik, mesti ada lagi bijak, lagi pandai, lagi cerdik dari awak. Dan lagi satu, cuba awak imagine kalau someone kutuk/cerca/hina/ejek family awak mesti awak takkan berdiam diri kan? So, awak pun dah besar, dah boleh berfikir secara matang kan. Last but not least, maafkan saya kalau saya ada baut korg terasa hati ke apa ke. Harap dimaafin. Assalammualaikum, xoxo

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan mesej anda :) Lyouu <3