Transformers :)

Pernah rasa diri diabaikan? Yes.
Pernah rasa diri kesedihan to the max? Yes.
Pernah sakit hati? Yes.
Pernah pendam perasaan? Yes.

Life. Yes, kehidupan dalam dunia. Tuhan nak menguji sesabar mana keimanan seseorang makhluk dia tu. Dia takkan berikan ujian yang kita sendiri tak boleh tanggung. Tuhan nak makhluk dia ni selalu ingat Dia. Ramai yang tertanya-tanya apa tujuan untuk hidup. Tujuannya ialah untuk mencari keredhaan Allah dan ibu bapa. Redha Allah terletak kepada redha ibu bapa. Tapi............ memang lah tak senang kita nak berubah kan? Yes, aku mengaku aku ni banyak buat silap semua, suka sakitkan hati orang & yang paling penting sekali, aku pernah membunuh....................................bunuh nyamuk  lah woi! Aku rasa macam dah tak cukup masa dah. Faham tak? Kalau tak faham, alahai pura2 je ah faham. Just imagine, trial PMR lagi 3 minggu. Trial tu 1/8/2012. Dan percaya tak, aku masih belum habiskan ulangkaji subjek tahun lepas. Gila kan? Sangat.

Memang lah bagi yang dah keluar sekolah, i mean yg lepasan SPM tu cakap "alah, lek ah wee kau baru PMR kot, belum lagi SPM" Tapi bagi aku, exam tetap exam K. At least PMR ni untuk menguji sejauh mana kita belajar selama 3 tahun dekat sekolah ni kan. Sape setuju sila angkat tangan macam saya *ignore*. Lepas dah kena bebelan dari beberapa "Pihak" yang sangatlah aku sayangi angatz angatzz, baru aku sedar yang aku ni banyak main2 semua. Exam serupa tak exam je. Yes, aku mengaku aku kelas bawah tapi tapi aku tak pernah ejek pun orang kelas2 atasan ni *Ciwahh* Ok sudah cukup sudah.

Walaubagaimanapun aduyai nye pun, cane nak berjaya tanpa usaha & tawakal kan? Kenapa lah aku susah sangat nak bangun solat/study malam cam org lain tu, ni mesti sbb kerja setan-setan gondol laknatullah yang menggoda goda aku supaya suruh cambung tidur balik. Ughh, pahtu bila dah nak exam baru tau nak study apa semua balik. Sebelum exam main2 mcm org tak ambik exam besar tau tak. Tapi inilah hakikatnya hidup org mcm aku. Apa cikgu/abah ibu nasihat semua masuk telinga kanan keluar ikut hidung kiri. Aku taknak menyesal waktu nak ambik result PMR nanti. Orang lain semua dapat straight A's semua menangis. Tetiba aku ni menangis sebab tak dapat straight A's. Aku tau, selama ni niat aku nak belajar salah. Aku belajar sebab nanti bila besar nak dapat kerja bagus2, gaji mahal2, pakai kereta besar2. Tapi sebenarnya aku kena belajar sesungguhnya hanya kerana Allah. Bukan setakat belajar je, buat ape pun semuanya kena semata2 hanyalah kerana Allah. Anak mana yang taknak tengok mak ayah dia gembira tengok anak2 dorg berjaya bukan? Bohong ah ade mak ayah mcm tu dlm abad sekarang ni kan.

Mulai dari sekarang,
Saya akan berusaha untuk mencapai cita2 yg berikut berdasarkan prinsip2 yg berikut;

Kepercayaan kepada Tuhan,
Kesetiaan kepada Buku,
Keluhuran untuk melakukan perubahan,
Kedaulatan kepada Homework
Kesopanan terhadap Ibu bapa & Kesusilaan terhadap Cikgu

Sesungguhnya saya akan menyempurnakan cita-cita yang murni ini.
Katakan "Yes" untuk berubah!
Sekian, assalammualaikum :)

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan mesej anda :) Lyouu <3